Wednesday, February 10, 2010

Baca@LRT di KL Sentral

Salam semua,

Program BACA@LRT Februari akan dijalankan sekali lagi dengan tema sastera pada 20 Februari, sebagai penyokong program ini, kami menjemput RAMIAN untuk berkumpul di stesen LRT KL SENTRAL di mana RAMIAN akan memasuki tren dari stesen ini. Marilah sama-sama menyokong usaha baik membina Masyakat Malaysia yang suka membaca! Berikut adalah maklumat tentang Kempen Baca@LRT. RAMIAN akan berkumpul dan masuk ke tren melalui STESEN LRT KL SENTRAL.

TEMA: BACA SASTERA
TARIKH: 20 FEBRUARI 2010
HARI: SABTU
JAM: 10 PAGI - 11.30 PAGI
LOKASI: STESEN LRT KL SENTRAL (RAMFC)

TENTATIF:

9.45 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

Tuan dan puan boleh memilih sama ada mahu menaiki dari stesen Terminal Putra Gombak,
Steyen KLCC (dipimpin oleh Kelab Tidur dengan Buku)
Steyen Masjid Jamek (dipimpin oleh tim Sindiket Soljah)
dan Steyen KL Sentral (dipimpin oleh tim Ramlee Awang Mursyid Fan Club RAMFC)

10.00 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.45 pagi - Tiba di Stesen Taman Jaya. Sessi berkongsi pengalaman dan mengambil gambar kenangan.

RAMIAN, JOM GEGAR KL SENTRAL!




CATATAN DI BAWAH DIPETIK DARI SINI

BACA@LRT Kembali!

Versi Februari menjanjikan kelainan

Kali ini kita baca buku dengan tema "Baca Sastera".

Bawa buku sastera pilihan anda dan kita baca bersama-sama sepanjang perjalanan!

"Bagaimana jika saya tiada buku sastera?"
Tidak mengapa, bacalah bahan yang tuan-puan suka.
Tiada kekangan, tiada halangan!

Tarikh 20 Februari 2010
Masa jam 10 pagi
Bermula dari Terminal Putra LRT Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Mengapa Taman Jaya? Jika tuan dan puan merancang membeli buku, di situ terdapat sebuah kedai buku yang menjual buku-buku baru pilihan tuan dan puan pada harga yang rendah iaitu di Book Xcess, Amcorp Mall.

Tentatif program

9.45 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

Tuan dan puan boleh memilih sama ada mahu menaiki dari stesen Terminal Putra Gombak,
Stesen KLCC (dipimpin oleh Kelab Tidur dengan Buku)
Stesen Masjid Jamek (dipimpin oleh tim Sindiket Soljah)
dan Stesen KL Sentral (dipimpin oleh tim Ramlee Awang Mursyid Fan Club RAMFC)

Foto akan diedarkan dalam Facebook tempoh terdekat.

10.00 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.45 pagi - Tiba di Stesen Taman Jaya. Sessi berkongsi pengalaman dan mengambil gambar kenangan.

------

Nota: Tidak ada taklimat rasmi di stesyen. Sama seperti edisi Januari.

------

Metod kali ini berbeza, kita mula membaca buku selepas lima minit berada dalam LRT secara berperingkat bagi mencipta keadaan natural.

Monday, February 1, 2010

adab memotong kuku

Memotong kuku merupakan sunnah Nabi Sollallahualaihiwasallam. Ia termasuk di dalam fitrah[1]. Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)


Sekarang saya ingin berkongsi cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Saya akan menyatakan 3 cara untuk memotong kuku jari tangan dan 1 cara untuk memotong kuku jari kaki. Kalau anda menemui cara yg lain, silalah kongsikan bersama. Err, lebih tepat jika disebut tertib potong kuku.

:: Bilakah sunat memotong kuku?
Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. Disunatkan memulakan dengan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu sebelum kuku jari kaki.

:: Cara potong kuku jari tangan

Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!



Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.




Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.

Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.

إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk

وسطى (wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis

خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!




Imam Ahmad menyatakan bahawa sunat menggunakan tertib ini berdasarkan sebuah hadith. Hadith itu ada disebut di dalam Kitab Al-Mughni, karangan Ibnu Qudamah. Hadithnya,

من قص أظافره مخالفا لم ير في عينيه رمدا
"Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata."


Makna 'mukholifan' ialah seperti tertib yg disebutkan di atas atau seumpamanya.

:: Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.




Terima kasih kepada Ustaz Fahmi & sdr.Rdhanz yg 'hias' sikit kaki ini. p/s: Ini bukan kaki saya.



Rujukan:

1-Syarah Sohih Muslim, karangan Imam Nawawi
2-At-Taqrirat As-Sadidah fil Masail Al-Mufidah, karangan Al-Habib Hasan Al-Kaf

Nota kaki:
[1] Menurut Imam Nawawi, jumlah fitrah tidak terhad kepada lima sahaja. Bahkan tidak terhad kepada sepuluh sebagaimana di dalam hadith yg lain.

Ulama khilaf tentang makna fitrah yg terdapat di dalam hadith ini dan yg sewaktu dengannya. Pendapat kebanyakan ulama, maknanya Sunnah. Bahkan disebut oleh sekumpulan ulama maknanya sunnah-sunnah para anbiya. Dikatakan: maknanya Ad-Din.
Related Posts with Thumbnails