Friday, January 15, 2010

PROGRAM BACA@LRT

Salam RAMians yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
Kami di RAMFC ingin menjemput anda sekalian untuk turut padang memeriahkan satu kempen membaca di dalam LRT atau nama nya
BACA@LRT sempena Pesta Buku Antarabangsa pada Mac ini. Kempen ini bagi memupuk nilai membaca di mana saja dalam masyarakat untuk melahirkan masyarakat Malaysia berbudaya membaca. Untuk memeriahkan lagi keadaan, anda digalakkan membawa karya tempatan dan dengan ini RAMFC mengsyorkan kepada RAMians sendiri membawa buku karya saudara Ramlee Awang Murshid sebagai buku pilihan untuk dibaca ketika kempen ini. Berikut adalah maklumat kempen:


Acara : BACA@LRT 16 Januari 2010 Masa Berkumpul : Saturday, January 16 at 10:00am Tempat Berkumpul: Terminal LRT Gombak
Kempen ini adalah anjuran satu kumpulan pengemar buku yang membuka kumpulan di dalam platform di
URL ini. Mereka telah mengambil inisatif mengadakan kempen sebegini untuk mengumpulkan ulat-ulat di Malaysia khususnya di lembah klang untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa yang akan diadakan tidak lama lagi. Dengan ini. RAMFC sebagai salah satu kelab peminat sastera tanahair menyokong kempen ini dalam usaha bersama menyemai minat membaca di kalangan masyarakat kita.




Berikut adalah petikan dari email admin
BACA@LRT:
Pada 16 Januari 2010, ia akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ia menjadi satu tarikh yang akan kita ceritakan pada anak-anak yang akan membesar bersama kita.
Ia akan menjadi satu tarikh yang kita akan ceritakan pada rakan-rakan kedai kopi pada waktu umur tua kita.
16 Januari 2010 akan menjadi tarikh kita ceritakan pada orang muda generasi sepuluh dan dua puluh tahun akan datang.
nilah satu tarikh kita mengambil keputusan bersama teman-teman lain membawa buku, majalah dan akhbar dan membacanya di dalam LRT.
Ini adalah tanda kita menyokong rakan-rakan kita yang membaca di LRT selama ini. Gerakan rakyat Baca@LRT juga sebagai tanda kita berkata kepada mereka, "Apa yang awak lakukan (membaca) di LRT selama ini adalah sesuatu yang cool!" , "Siapa pun anda, kami menyokong usaha membaca di LRT."
Gerakan Baca@LRT mahu membudayakan aktiviti membaca dalam LRT.
Aktiviti Segerabak Membaca yang pertama!
Tentatif:
9.35: berkumpul di Platform Terminal Putera Gombak.
Tiada taklimat yang akan diberikan pada masa tersebut bagi mencipta natural setting. Seperti ini aktiviti bukan dirancang. namun anda boleh menegur rakan-rakan yang dikenali. Katakunci: "natural"
Bagi mudah dikenali oleh yang lain, pegang buku, majalah atau bahan bacaan masing-masing.
Pastikan sebelum 10.00: beli tiket ke destinasi pilihan masing-masing dan masuk ke platform.
10.00 : beratur dan menaiki tren yang tiba. Kedudukan adalah bebas samada berdiri ataupun duduk dan juga terpulang kepada pintu dan gerabak pilihan masing-masing.
Jika terlepas tren, naik sahaja t ren berikutnya. Teruskan aktiviti membaca. Jumpa di platform Kelana Jaya.
10.45 : Tiba di Kelana Jaya. Keluar dari tren dan berkumpul di platform untuk rehat dan bertukar-tukar pengalaman selama 15 minit.
11.00 : Naik tren semula dan menuju ke destinasi masing-masing.
* Bookmark akan diberi di stesen kelana jaya, semoga Allah permudahkan usaha ini. rasional: untuk mengukuhkan lagi natural setting.
** Penyokong digalak hadir awal bagi memudahkan pembelian tiket di kaunter dan selesa kepada semua.


Marilah sama-sama turun padang memeriahkan acara ini

> Petikan program daripada RAMFC~ www.kelabram.com <


Monday, January 11, 2010

mari kita baca buku baru..






" Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) berkata Nabi Muhamad bersabda Allah menghantar kepada umat ini tiap-tiap seratus tahun seorang (Mujaddid) penguat atau pembaharu kepada agama.Maka Allah telah menghantar khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai Mujaddid untuk seratus tahun yang pertama. Dan aku yakin Imam Syafie adalah Mujaddid untuk seratus tahun yang kedua.Novel kisah Imam Syafie sudah terbit. Dan akan menyusul pula novel kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak lama lagi.Ramai yang kenal nama Imam Syafie tetapi mungkin ramai yang belum tahu sejarah perjuangan dan suka duka kehidupannya.Novel ini menceritakannya...."

Petikan daripada blog penulis buku tersebut iaitu Abdul Latip Talib : http://www.abdullatip.blogspot.com/

BUDAYA MEMBACA

Karya terbaru Ramlee Awang Murshid...best woo..


Entri berkisar tentang minat@hobi aku iaitu membaca, tak kisah apa bahan bacaan pun..semua aku baca...lebih-lebih lagi Kalam Suci Al-Quran. Pada aku hobi membaca ni adalah hobi yang paling senang dan menarik. Ini kerana aku boleh buat dimana-mana sahaja dan bila-bila masa aku suka serta senang untuk mencari bahan-bahannya. Buku yang aku ada takla sampai boleh buat library@khutub khanah@perpustakaan@kedai buku tapi kalau nak baca tu boleh lebam juga la biji mata tu.hehehehe. Genre yang paling aku minati ialah berkisar dengan thriller/misteri, sebab tu aku minat karya Ramlee Awang Murshid. Karya beliau kengkawan boleh pergi ke http://www.kelabram.com/ Aku selalu lepak kat tempat tu. Genre yang lain pun aku minat juga la seperti sejarah Islam, kekeluargaan, komik dan macam-macam lagi la janji boleh layan serta menarik. Hobi ni pun kena keluar duit juga sama seperti hobi-hobi yang lain tetapi ada juga buku-buku kengkawan bagi...terima kasih. Mari la cuba hobi membaca nih..menarik dan senang untuk dibuat lagipun macam-macam ilmu/tauladan boleh dapat.

Saturday, January 9, 2010

Makan-makan kat Cerana lagi..

Ofis wife aku, Bhg. Akaun Jualan JPP buat makan-makan kat Restoran Cerana, Cheras. Kira Makan Malam Tahunan la bagi diaorang. Dinner ni dibuat bersama dengan Bhg. Jualan JPP. Macam abang-adik la kat JPP tu la kot, aku rase le..kali ini aku datang sebagai tetamu..uih relax betul..takla aku sibuk sangat macam kalau ofis aku buat makan malam atau family day,ajk la kononnya tu..huh.. Sebenarnya Restoran Cerana takla asing sangat dengan family aku sebab banyak kali juga la kami makan kat sini.


sebahagian staff & keluarga yg hadir

Antara pengunjung2 lain yg makan2 di Cerana


Staff Bhg. Akaun & Bhg Jualan bergambar kenangan

Geng wife aku le nih...termasuk budak kecik 2 org tu..

Yang berbeza sikit aku tengok ialah bertukar hadiah sesama staff iaitu setiap staff mesti membeli satu hadiah yg bernilai minimum RM15 dan akan diberi pada staff yang lain setelah namanya dicabut serta perlu dibuka pada masa tu juga untuk mengetahui apa yang dijadikan hadiah, nasib la...sebab yang dapat periuk pun ada.Kalau periuk elektrik takpa la juga kan tapi ni jenis yang biasa tu. Wife aku dapat USB Port, kira ok la tu..kalau dia taknak aku juga la yang untung.. hehehe. Segmen lain macam biasa la seperti Cabutan Bertuah..oo lupa pulak diaorang buat sekali dengan sambutan harijadi & meraikan staff yang berhenti..dengar2 dia nak buat bisnes. Anyway selamat hari lahir & sukses la pada yg berkenaan tu ye..Cabutan Bertuah pula wife aku dapat lampu suluh takla macam aku dapat masa family day kat Teluk Rubiah ituhari....LCD 32 inci. Jangan marah ya Tok Batin & Checkchiboo..hangpa dapat apa ya?. Aku tak berapa ingat la..sebab kecik sangat kot hadiah yang korang dapat tu ..hahahahahahahaha..uhuhuhuuhu


u/p: Tok Batin & Chekchiboo!
Ada nampak apa yg kat belakang anak2ku tu..xoxoxoxoxoo

Tang lauk-pauk tu yang tak tahan nih..punya la banyak sampai tak boleh habis. Jenuh juga la aku dan wife aku nak pulun sebab aku & family aku ditempatkan satu meja. Anak-anak aku kecik lagi mana boleh nak makan banyak..maka terjadilah pembaziran..ish..ish..tak baik betul kan sebab membazir tu kawan syaitan. Tapi apa boleh buat sebab bukan aku yang order..dah memang semua meja dapat menu & kuantiti yang sama. Kira dimaafkan la kot..Jadi layan la gambo-gambo yang akan menceritakan dengan lebih jelas lagi tentang menunya...siakap, ketam, udang, sotong semua ada xpayah nak susah-susah g mancing macam kawan blogger aku tu..Tok Batin & Checkchiboo..kui kui kui..



acara selingan sementara menunggu makanan sampai

lagi 2 hidangan xsampai @ ..nak yg.no.2 ke apa nih???
ish xpaham aku diaorang ni..hehe jgn mare aaaa..


Danish xsabar dah nak tggu hidangan sampai..

ni ada hidangan yg xsampai lagi tapi Ikhwan dah start pulun ..

buah-buahan pencuci mulut..

.. tambah lagi pulak dgn aiskrim..mmm yummy


Bergambar kenangan sekeluarga setelah kekenyangan..burppp, Alhamdulillah..

Friday, January 8, 2010

masuk paper la pulak...





...lebih kurang seminggu sebelum sekolah dibuka, sama la seperti orang lain yg ada anak yg bersekolah mestilah sibuk bershopping kelengkapan persekolahan...biasalah org Malaysia nih suka sangat buat keje last minit termasuk la aku hehehe.. shopping kat Kamdar jer..tengah asyik dok pilih itu ini, ada dua org lelaki datang kat aku memperkenalkan diri diaorang wartawan dari Utusan Malaysia. Katanya nak buat kajiselidik tentang ibubapa yg shopping kelengkapan persekolahan. Pada mulanya was-was juga nak layan sebab zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak jual barang. Macam panggilan telefon yg selalu aku terima, ada yg nak bagi percutian percuma la, free setengah tahun insurance fee la, diskaun itu..diskaun ini dan macam-macam lagi la tapi sebenarnya diaorang nak promosi barangan @ membership mereka jer..mana ada benda percuma dalam dunia nih..nak buang air sendiri pun kena bayar. Eh sorry..dah tercerita lain la pulak. Berbalik cerita kat Kamdar tadi tu, sorang interview aku manakala yg sorang sibuk ambik gambar...rasa macam popular pulak kitaorang..kuikuikui..pastu diaorang cakap, berita ni untuk keluaran paper keesokan harinya. Aku takla ecited sangat dengan apa yg press tu beritahu aku, sebab aku rasa cerita aku sama seperti ibubapa lain kan..takde yg istimewa pun. Tapi aku beli la jugak paper pada esoknya..hehehehe..poyo betul. Kalau keluar paper seronok juga kan..kan..berkata dalam hatiku. Belek punya belek paper tu sampai ke berita sukan satu haram pun takde, jangankan gambar..cerita pun takde...tu la kita bukan orang ada-ada berkata mulutku pada isteriku..kakakakka sama-sama pakat dok gelak. Selang 3 hari lepas di"interview" tu bini aku tipon aku kat opis bagitau gambar & cerita kitaorang sekeluarga keluar paper..cerita banyak pun takguna layan je la gambar nih..
Related Posts with Thumbnails