Friday, January 15, 2010

PROGRAM BACA@LRT

Salam RAMians yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
Kami di RAMFC ingin menjemput anda sekalian untuk turut padang memeriahkan satu kempen membaca di dalam LRT atau nama nya
BACA@LRT sempena Pesta Buku Antarabangsa pada Mac ini. Kempen ini bagi memupuk nilai membaca di mana saja dalam masyarakat untuk melahirkan masyarakat Malaysia berbudaya membaca. Untuk memeriahkan lagi keadaan, anda digalakkan membawa karya tempatan dan dengan ini RAMFC mengsyorkan kepada RAMians sendiri membawa buku karya saudara Ramlee Awang Murshid sebagai buku pilihan untuk dibaca ketika kempen ini. Berikut adalah maklumat kempen:


Acara : BACA@LRT 16 Januari 2010 Masa Berkumpul : Saturday, January 16 at 10:00am Tempat Berkumpul: Terminal LRT Gombak
Kempen ini adalah anjuran satu kumpulan pengemar buku yang membuka kumpulan di dalam platform di
URL ini. Mereka telah mengambil inisatif mengadakan kempen sebegini untuk mengumpulkan ulat-ulat di Malaysia khususnya di lembah klang untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa yang akan diadakan tidak lama lagi. Dengan ini. RAMFC sebagai salah satu kelab peminat sastera tanahair menyokong kempen ini dalam usaha bersama menyemai minat membaca di kalangan masyarakat kita.




Berikut adalah petikan dari email admin
BACA@LRT:
Pada 16 Januari 2010, ia akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ia menjadi satu tarikh yang akan kita ceritakan pada anak-anak yang akan membesar bersama kita.
Ia akan menjadi satu tarikh yang kita akan ceritakan pada rakan-rakan kedai kopi pada waktu umur tua kita.
16 Januari 2010 akan menjadi tarikh kita ceritakan pada orang muda generasi sepuluh dan dua puluh tahun akan datang.
nilah satu tarikh kita mengambil keputusan bersama teman-teman lain membawa buku, majalah dan akhbar dan membacanya di dalam LRT.
Ini adalah tanda kita menyokong rakan-rakan kita yang membaca di LRT selama ini. Gerakan rakyat Baca@LRT juga sebagai tanda kita berkata kepada mereka, "Apa yang awak lakukan (membaca) di LRT selama ini adalah sesuatu yang cool!" , "Siapa pun anda, kami menyokong usaha membaca di LRT."
Gerakan Baca@LRT mahu membudayakan aktiviti membaca dalam LRT.
Aktiviti Segerabak Membaca yang pertama!
Tentatif:
9.35: berkumpul di Platform Terminal Putera Gombak.
Tiada taklimat yang akan diberikan pada masa tersebut bagi mencipta natural setting. Seperti ini aktiviti bukan dirancang. namun anda boleh menegur rakan-rakan yang dikenali. Katakunci: "natural"
Bagi mudah dikenali oleh yang lain, pegang buku, majalah atau bahan bacaan masing-masing.
Pastikan sebelum 10.00: beli tiket ke destinasi pilihan masing-masing dan masuk ke platform.
10.00 : beratur dan menaiki tren yang tiba. Kedudukan adalah bebas samada berdiri ataupun duduk dan juga terpulang kepada pintu dan gerabak pilihan masing-masing.
Jika terlepas tren, naik sahaja t ren berikutnya. Teruskan aktiviti membaca. Jumpa di platform Kelana Jaya.
10.45 : Tiba di Kelana Jaya. Keluar dari tren dan berkumpul di platform untuk rehat dan bertukar-tukar pengalaman selama 15 minit.
11.00 : Naik tren semula dan menuju ke destinasi masing-masing.
* Bookmark akan diberi di stesen kelana jaya, semoga Allah permudahkan usaha ini. rasional: untuk mengukuhkan lagi natural setting.
** Penyokong digalak hadir awal bagi memudahkan pembelian tiket di kaunter dan selesa kepada semua.


Marilah sama-sama turun padang memeriahkan acara ini

> Petikan program daripada RAMFC~ www.kelabram.com <


2 comments:

  1. kalo naik moto, nak baca atas moto la no.... hahaha...

    ReplyDelete
  2. bleh..kalo hang duk kat blakang la..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails