Saturday, January 9, 2010

Makan-makan kat Cerana lagi..

Ofis wife aku, Bhg. Akaun Jualan JPP buat makan-makan kat Restoran Cerana, Cheras. Kira Makan Malam Tahunan la bagi diaorang. Dinner ni dibuat bersama dengan Bhg. Jualan JPP. Macam abang-adik la kat JPP tu la kot, aku rase le..kali ini aku datang sebagai tetamu..uih relax betul..takla aku sibuk sangat macam kalau ofis aku buat makan malam atau family day,ajk la kononnya tu..huh.. Sebenarnya Restoran Cerana takla asing sangat dengan family aku sebab banyak kali juga la kami makan kat sini.


sebahagian staff & keluarga yg hadir

Antara pengunjung2 lain yg makan2 di Cerana


Staff Bhg. Akaun & Bhg Jualan bergambar kenangan

Geng wife aku le nih...termasuk budak kecik 2 org tu..

Yang berbeza sikit aku tengok ialah bertukar hadiah sesama staff iaitu setiap staff mesti membeli satu hadiah yg bernilai minimum RM15 dan akan diberi pada staff yang lain setelah namanya dicabut serta perlu dibuka pada masa tu juga untuk mengetahui apa yang dijadikan hadiah, nasib la...sebab yang dapat periuk pun ada.Kalau periuk elektrik takpa la juga kan tapi ni jenis yang biasa tu. Wife aku dapat USB Port, kira ok la tu..kalau dia taknak aku juga la yang untung.. hehehe. Segmen lain macam biasa la seperti Cabutan Bertuah..oo lupa pulak diaorang buat sekali dengan sambutan harijadi & meraikan staff yang berhenti..dengar2 dia nak buat bisnes. Anyway selamat hari lahir & sukses la pada yg berkenaan tu ye..Cabutan Bertuah pula wife aku dapat lampu suluh takla macam aku dapat masa family day kat Teluk Rubiah ituhari....LCD 32 inci. Jangan marah ya Tok Batin & Checkchiboo..hangpa dapat apa ya?. Aku tak berapa ingat la..sebab kecik sangat kot hadiah yang korang dapat tu ..hahahahahahahaha..uhuhuhuuhu


u/p: Tok Batin & Chekchiboo!
Ada nampak apa yg kat belakang anak2ku tu..xoxoxoxoxoo

Tang lauk-pauk tu yang tak tahan nih..punya la banyak sampai tak boleh habis. Jenuh juga la aku dan wife aku nak pulun sebab aku & family aku ditempatkan satu meja. Anak-anak aku kecik lagi mana boleh nak makan banyak..maka terjadilah pembaziran..ish..ish..tak baik betul kan sebab membazir tu kawan syaitan. Tapi apa boleh buat sebab bukan aku yang order..dah memang semua meja dapat menu & kuantiti yang sama. Kira dimaafkan la kot..Jadi layan la gambo-gambo yang akan menceritakan dengan lebih jelas lagi tentang menunya...siakap, ketam, udang, sotong semua ada xpayah nak susah-susah g mancing macam kawan blogger aku tu..Tok Batin & Checkchiboo..kui kui kui..



acara selingan sementara menunggu makanan sampai

lagi 2 hidangan xsampai @ ..nak yg.no.2 ke apa nih???
ish xpaham aku diaorang ni..hehe jgn mare aaaa..


Danish xsabar dah nak tggu hidangan sampai..

ni ada hidangan yg xsampai lagi tapi Ikhwan dah start pulun ..

buah-buahan pencuci mulut..

.. tambah lagi pulak dgn aiskrim..mmm yummy


Bergambar kenangan sekeluarga setelah kekenyangan..burppp, Alhamdulillah..

5 comments:

  1. dah basi la beb hadiah tu...awe pn dah pakai 37" la...

    ReplyDelete
  2. i pkai 49" relax je..ngeengeee

    ReplyDelete
  3. aduss..ni ada unsur2 jeles nih..ape2pun i dapat free..kekekekeke

    ReplyDelete
  4. patut la kita punya ot habis kena sekat, karnival sukan punxda lg, bajet semua p kat jab. perumahan..... ini tidak adil... hahahha..

    ReplyDelete
  5. wei aku dgr awe nak pakai projektor punya lak buat pakai kat umah.. pakai 37'' x puas tengok dia kata... hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails