Monday, January 11, 2010

mari kita baca buku baru..






" Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) berkata Nabi Muhamad bersabda Allah menghantar kepada umat ini tiap-tiap seratus tahun seorang (Mujaddid) penguat atau pembaharu kepada agama.Maka Allah telah menghantar khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai Mujaddid untuk seratus tahun yang pertama. Dan aku yakin Imam Syafie adalah Mujaddid untuk seratus tahun yang kedua.Novel kisah Imam Syafie sudah terbit. Dan akan menyusul pula novel kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak lama lagi.Ramai yang kenal nama Imam Syafie tetapi mungkin ramai yang belum tahu sejarah perjuangan dan suka duka kehidupannya.Novel ini menceritakannya...."

Petikan daripada blog penulis buku tersebut iaitu Abdul Latip Talib : http://www.abdullatip.blogspot.com/

BUDAYA MEMBACA

Karya terbaru Ramlee Awang Murshid...best woo..


Entri berkisar tentang minat@hobi aku iaitu membaca, tak kisah apa bahan bacaan pun..semua aku baca...lebih-lebih lagi Kalam Suci Al-Quran. Pada aku hobi membaca ni adalah hobi yang paling senang dan menarik. Ini kerana aku boleh buat dimana-mana sahaja dan bila-bila masa aku suka serta senang untuk mencari bahan-bahannya. Buku yang aku ada takla sampai boleh buat library@khutub khanah@perpustakaan@kedai buku tapi kalau nak baca tu boleh lebam juga la biji mata tu.hehehehe. Genre yang paling aku minati ialah berkisar dengan thriller/misteri, sebab tu aku minat karya Ramlee Awang Murshid. Karya beliau kengkawan boleh pergi ke http://www.kelabram.com/ Aku selalu lepak kat tempat tu. Genre yang lain pun aku minat juga la seperti sejarah Islam, kekeluargaan, komik dan macam-macam lagi la janji boleh layan serta menarik. Hobi ni pun kena keluar duit juga sama seperti hobi-hobi yang lain tetapi ada juga buku-buku kengkawan bagi...terima kasih. Mari la cuba hobi membaca nih..menarik dan senang untuk dibuat lagipun macam-macam ilmu/tauladan boleh dapat.

2 comments:

  1. kan aku dah ckp chchciboo, mamat ni kaki novel.. man leh nak ajak dia p mengail.... kompom dua tiga novel tu habi dia khatam time kita dok lyn mancing punya... hahaha...

    ReplyDelete
  2. bukan x minat mancing tok! tapi rase mcm menipu ikan jer..ye la,letak umpan pastu naikkan ke atas..ish kesian betul ikan tu..kalau nak sangat ikan g la pasar, berlambak siap boleh pilih lagi..hahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails